Promosi Coway 2019 kini kembali dengan penjimatan yang lebih hebat selaras dengan matlamat Coway untuk mencapai 2 Juta pengguna pada tahun 2020. Justeru, Coway telah menawarkan pelbagai jenis promosi yang merangkumi hampir semua model penapis air dan udara untuk individu mahupun korporat.
Penapis Air Coway Model Neo menjadi sangat popular ketika Promosi NEO WOW dilancarkan pada bulan 5 tahun 2018. Ketika itu, Coway telah melancarkan promosi penapis air dengan harga serendah RM 65 (RM61 tanpa GST) dengan tempoh kontrak selama 7 tahun. Promosi Neo RM61 itu dilancarkan selama 2 bulan dan telah mencapai hampir 10,000 unit terjual. Kini Promosi NEO WOW kembali dengan harga serendah RM 85 dengan tempoh kontrak selama 5 tahun.
Promosi Kombo Penapis Air dan Udara Coway ditawarkan kepada pelanggan baru yang belum memiliki penapis air dan udara Coway. Dengan promosi kombo ini, pelanggan akan menikmati penjimatan bayaran bulanan yang banyak. Promosi kombo ini menggabungkan penapir air paling laris di Malaysia iaitu Penapis Air Villaem dengan Penapis Udara Lombok2 atau Storm.
Bukan semua yang mengambil penapis air dan udara Coway menggunakan promosi kombo Coway. Rata-rata pasti hanya mengambil penapis air Coway sahaja kerana kekangan bajet. Justeru, Coway telah membuat promosi iCare - promosi khas untuk pelangan setia Coway yang telah menggunakan penapis udara lebih dari 6 bulan dengan harga diskaun.
Coway Malaysia yang kini telah bertapak di Malaysia hampir 12 tahun sudah pasti mempunyai pelanggan setia yang menggunakan produk Coway sehingga tamat tempoh kontrak selama 5 tahun. Promosi Tukar Coway Lama dengan Coway Baru telah diwujudkan bagi memastikan pelanggan setia Coway yang telah menggunakan lebih 5 tahun, terus menggunakan produk Coway. Pelanggan setia Coway bakal menikmati diskaun bayaran bulanan atau tunai dengan menukar ganti produk Coway lama dengan yang baru.
Untuk pengguna penapis air selain Coway juga mampu memiliki Penapis Air Coway dengan harga diskaun. Kini Coway telah menawarkan pengguna penapis air lama selain Coway untuk tukar-ganti dengan Penapis Air model terbaru Coway iaitu Ombak.
Selain daripada untuk individu, Coway juga ada menyediakan pakej penapis air khas untuk korporat, syarikat, premis kerajaan dan di tempat awam. Dengan pakej ini, pihak korporat dapat menikmati menjimatkan kos bayaran bulanan di samping dapat menaikkan rupacara korporat.
Pelan Kontrak dan cara tamatkan kontrak Coway memeningkan kepala anda? Ya kadang-kadang ada ejen yang tidak menerangkan dengan detail sepenuhnya tentang perincian kontrak Coway serta cara untuk menamatkannya dengan lebih awal.
Sekiranya anda ingin menamatkan kontrak Coway, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi iaitu:
Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh menghubungi Coway Careline 1800-88-1111 atau Ejen Coway Ilmam di 013-3808709. Coway Technician akan mengambil mesin Coway tersebut di alamat seperti di alamat pemasangan di dalam sistem Coway.
Cara-cara hendak pindahkan Penapis Air Coway kerap ditanya oleh para pelanggan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Untuk pengetahuan anda, Coway menawarkan pemasangan semula secara percuma SEKALI SETAHUN kepada semua para pelanggan Coway.
Jika anda ingin memindahkan penapis air anda ditempat lain di dalam alamat yang sama juga (Contoh; Dari dapur ke ruang tamu) yang memerlukan Coway Technician (CT) memasang semula piping air, itu sudah dikira sekali pemasangan percuma. Anda akan di caj pada pemasangan kali kedua jika berpindah pada tahun yang sama.
Maklumkan kepada ejen coway atau maklumkan kepada saya untuk mengemaskini alamat perpindahan yang baharu dan jenis model penapis air anda. Saya akan membuat laporan kepada Coway HQ tentang alamat baru anda dan guide satu per satu langkah untuk membuka penapis air Coway dengan selamat dan betul.
Buka penapis air anda dan bawa pindah ke alamat baru. COWAY TIDAK AKAN MEMBAWA PENAPIS AIR ANDA KE TEMPAT BARU !
Cara-cara untuk membuka penapis air Coway
Anda akan menerima panggilan daripada Coway Technician (CT) yang akan membuat pemasangan Penapis Air anda. Maklum kepada Coway Technician tarikh untuk pemasangan di tempat baru. Pastikan di tempat baru penapis air coway anda ada menyediakan power plug point dan jarak ke sumber air lebih kurang 5 meter atau kurang.
Selain dari anda pindahkan Penapis Air Coway anda, anda juga boleh menamatkan kontrak (sekiranya memenuhi syarat minimum kontrak) dan memasang produk penapis air yang baru di alamat terkini.
Penapis Air untuk kerajaan dan swasta sememangnya menjadi salah satu sasaran Coway untuk mendekati lebih dekat lagi. Coway mensasarkan sekurang-kurangnya 1 penapis air di setiap syarikat, premis kerajaan mahupun tempat awam.
Justeru Coway telah menawarkan 2 model penapis air dengan harga yang lebih murah demi memastikan warga korporat dan kakitangan kerajaan dapat menikmatikan air bersih yang berterusan.
Ilmam Bin Mazlan
013-3808709
Keliru Nak Pilih Yang Mana?
Isikan Borang Dibawah Dan Saya Akan Hubungi Anda Dengan Segera
Khidmat Penjagaan Tilam Oleh Coway diperkenalkan apabila hasil penyelidikan mendapati, tilam menjadi salah satu punca penurunan tahap kualiti tidur dan kesihatan manusia.
Spesis Hama
3 - 4 bulan
Sel kulit mati, kelemumur, kulat dan peluh.
25 - 28 Darjah Celcius
0.1 – 0.3 mm
300 telur dalam satu masa
Mengandungi 80% air
55 hingga 80 %
Jenama yang ditubuhkan dan bereputasi selama 30 tahun
Peralatan Canggih Yang Di Import Sepenuhnya
Perkhidmatan Yang Mudah Dan Senang
Dipercayai Lebih 1 Juta Pengguna Di Malaysia
Tilam yang digunakan
antara 1-2 tahun
Tilam yang digunakan
antara 3-4 tahun
Tilam yang digunakan
antara 5-6 tahun
Tilam yang digunakan
lebih 7 tahun
Perkhidmatan khas dari Coway oleh pakar penjagaan tilam kami - Homecare Technician (HT) yang menyediakan perkhidmatan yang teliti menggunakan hanya peralatan terkini. Kami juga membantu mengukur pencemaran tilam lain di rumah anda atas permintaan.
Mengukur awal tahap pencemaran tilam dengan kertas penapis dan mikroskop digital.
Vakum debu dari bingkai katil dengan berus khas.
Lap rangka katil dengan tisu bukan tenunan basah / kering.
Vakum debu di sisi tilam menggunakan berus sisi tepi.
Membersihkan habuk dan bahan pencemar dengan vakum bekuasa sedutan yang kuat yang dilengkapi dengan penapis HEPA.
Sembur penghalau debu hama untuk mengurangkan pertumbuhan debu hama.
Mengenakan sterilisasi UV untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan membasuh tilam.
Kini anda boleh memiliki Penapis Air Coway Tahun 2019 dengan harga mampu milik tanpa sebarang caj GST dan SST. Semua Harga Penapis Air Coway lebih murah berbanding pada tahun 2018 dan masih mengekalkan dengan 5 tahun servis dan warranty yang dicover secara percuma.
Penapis air Coway yang paling disukai rakyat Malaysia kini dipertingkatkan dengan ciri-ciri mesra pengguna
ADA APA DENGAN PENAPIS AIR COWAY VILLAEM 2 INI?
Ketika Villaem generasi pertama diperkenalkan pada akhir 2014, penapis air ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan! Penapis air Villaem ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila ianya mempunyai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh setiap keluarga. Jadi apakah ciri-ciri yang baharu dan apa pula ciri-ciri yang dikekalkan? Jom kita lihat apakah ciri-cirinya.
Villaem 2 masih mengekalkan empat suhu air iaitu PANAS, SEJUK, SUAM DAN SUHU BILIK.
Apa yang menarik pada empat suhu air ini ialah air bersuhu SUAM. Air bersuhu suam ini mempunyai suhu yang sangat sesuai untuk para ibubapa membuat susu anak dengan mengambil air secara terus TANPA PERLU MENCAMPURKAN AIR PANAS DAN SEJUK UNTUK MENDAPATKAN AIR SUAM. Senang ceritanya, kerja-kerja membuat susu anak menjadi lebih mudah dan cepat.
Salah satu ciri yang menambat hati rakyat Malaysia ialah Lampu Suasana (Mood Lamp). Satu lampu LED berwarna putih akan bernyala secara automatik apabila sensor lampu mengesan pengurangan cahaya di persekitaran. Lamput LED telah memberi impak yang sangat besar apabila kini para pengguna tidak perlu lagi membuka lampu pada waktu malam dan dapat mengambil air dengan sangat mudah.
Villaem 2 juga mempunyai ciri penunjuk suhu air semasa yang juga merupakan salah satu ciri utama yang ada pada setiap penapis air Coway. Apa yang bezanya hanyalah dari segi rekaan penunjuk suhu yang lebih elegan dan minimalis.
Tombol Pelarasan Suhu Air yang direka khas untuk model Villaem terdahulu mendapat reaksi positif dari pengguna penapis air Coway. Dengan tombol ini, pengguna dapat mengubah suhu air mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing antara Panas-Suam dan juga Sejuk-Suhu Bilik. Kini dengan Villaem 2, tombol pelarasan suhu air telah di tambah baik, lebih lembut dan mesra pengguna.
Air Sejuk dari Penapis Air Villaem ini memang terkenal dengan air yang sangat sejuk (serendah 2°). Terlalu sejuk untuk anda? Laraslah suhu air sesuka hati anda.
Ini merupakan ciri terbaru yang ada pada Penapis Air Coway Villaem 2. Kepala Saluran Air Boleh Tanggal ini direka bagi yang mementingkan kebersihan penapis air dan juga air. Dengan ada ciri Kepala Saluran Air Boleh Tanggal ini, kerja-kerja pembersihan saluran air menjadi lebih mudah.
Pengesan Paras Air Rendah ini juga masih dikekalkan sebagai penunjuk amaran kepada pengguna paras air di dalam tangki. Ciri ini ada pada setiap Penapis Air Coway. Lampu Pengesan Paras Air Rendah akan hidup secara automatik apabila air di dalam tangki berada paras rendah dan pengguna tidak lagi dapat mengeluarkan air. Pengesan ini direka untuk keselamatan mesin agar tidak terbakar apabila pemanas air terus memanas tanpa ada air.
Sistem Penjimatan Kuasa ini pasti akan melegakan pengguna yang bimbang akan penggunaan elektrik yang banyak pada Penapis Air Coway Villaem 2 ini. Untuk pengetahuan anda, sistem penjimatan kuasa ini akan bertindak mengurangkan penggunaan motor dan pemanas air pada waktu malam sehingga 30% kurang. Selain itu, penggunaan watt yang maksimum hanyalah ketika air dipanaskan dan akan kembali kurang apabila air sudah stabil kepanasannya.
Tujuan Kunci Keselamatan Kanak-kanak yang ada pada Penapis Air Coway Villaem 2 ini diwujudkan adalah bagi memastikan kejadian kanak-kanak melecur kesan terkena air panas dapat dielakkan. Kunci Keselamatan ini direka untuk kanak-kanak yang sudah besar dan pandai menguruskan air panas dengan selamat.
Macam mana hendak bayar tunggakan bil Coway ni? Tunggakan bil Coway ini biasanya berlaku apabila penolakan duit sewaan bulanan antara 1hb hingga 5hb setiap bulan tidak berjaya.
Antara faktor penolakan duit sewaan bulanan tidak berjaya ialah:
1. JOM PAY. Cara-caranya ialah:
2. BILL PAYMENT. Cara-caranya ialah:
1. CIMB VIRTUAL ACCOUNT (VA) Pindahkan wang secukupnya ke VA ejen anda.
Contoh:
Akaun CIMB
98-9929-00-xxx-xxx (No ID ejen / CODY) Coway (M) Sdn Bhd
Pindahan wang melalui online banking ke VA ini hanyalah boleh dilakukan antara CIMB-CIMB sahaja. Selepas membuat pemindahan wang, pastikan serahkan no. rujukan transfer ke ejen Coway atau CODY untuk mereka mengemaskini pembayaran anda di sistem.
2. CASH DEPOSIT Anda juga boleh membuat pemindahan wang melalui Cash Deposit Machine (CDM) ke Mesin ATM CIMB berhampiran anda dengan menggunakan VA no atau melalui Mesin ATM Maybank dengan memilih:
Pastikan anda menyerahkan resit pemindahan kepada ejen Coway/CODY untuk mereka mengemaskini pembayaran anda di sistem.
Pastikan tunggakan anda tidak MELEBIHI 2 BULAN kerana ini boleh menyebabkan anda dikenakan caj pengendalian (Handling Charges) sebanyak RM 10.00 setiap bulan oleh pihak bank.
Ilmam Bin Mazlan
013-3808709
Isikan Borang Dibawah Dan Ilmam Akan Hubungi Anda Dengan Segera
APA PERBEZAAN ANTARA BELI TUNAI DENGAN SEWA-BELI?
Syarikat penapis air di Malaysia muncul bagai cendawan selepas hujan. Di saat anda keluar dan cuba untuk mencari penapis air, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai bentuk pakej harga dan cara pembelian. Coway (M) Sdn Bhd, syarikat penapis air No.1 di Malaysia yang sudah bertapak selama hampir 12 tahun mempunyai cara pembelian yang mudah iaitu secara TUNAI atau SEWA-BELI. Cara pembelian tidak akan menjejaskan servis dan warranty yang akan diperolehi SECARA PERCUMA iaitu:
Tapi, apa bezanya jika anda beli secara tunai, atau pun beli secara sewa-beli? Jom kita lebih dengan lebih terperinci.
CARA PEMBELIAN TUNAI
Dalam pembelian secara tunai, terdapat 2 cara iaitu:
BELIAN TERUS SECARA WANG TUNAI
Sekiranya anda memilih untuk memiliki Penapis Air atau Penapis Udara Coway secara wang tunai, anda hanya perlu memindahkan wang ke VIRTUAL ACCOUNT EJEN COWAY YANG SAH SAHAJA, BUKAN KE AKAUN PERIBADI EJEN COWAY bagi mengelakkan anda di tipu.
Coway telah memberikan Virtual Account ke setiap ejen Coway yang sah berdaftar. Akaun tersebut mengandungi 6 no ID ejen Coway tersebut di akhir no Virtual Account tersebut. Sebagai contoh:
Setelah anda membuat pemindahan wang ke akaun di atas, bukti pemindahan wang hendaklah di berikan kepada ejen Coway untuk diuruskan tempahan dan pemasangan.
TIPS: Anda boleh memindahkan wang sebanyak 10% dari harga produk untuk Coway membuat pemasangan dan PERLU MENJELASKAN BAKI HARGA PRODUK DALAM MASA 7 HARI BULAN YANG SAMA.
Apabila anda membeli secara tunai, anda tidak akan terikat dengan kontrak bersama Coway dan anda juga akan mendapat 12 BULAN SERVIS DAN WARRANTY SECARA PERCUMA (KECUALI KETIKA PROMOSI YANG DINYATAKAN)
Memiliki kad kredit sememangnya memberikan kelebihkan kepada pengguna yang ingin memiliki produk Coway tanpa mengeluarkan sejumlah wang tunai yang banyak pada satu-satu masa. Anda boleh memilih mana-mana bank dan tempoh pembayaran yang disediakan oleh pihak bank. Senarai bank yang terlibat adalah seperti berikut:
TIPS: Selain anda boleh membuat pelan pembayaran melalui Coway, anda juga boleh terus membuat pembayaran menggunakan kad kredit tanpa melalui pihak Coway dan boleh berurusan terus dengan pihak bank menentukan berapa kadar tempoh dan nilai pembayaran bulanan anda. Di ingatkan juga untuk menyemak dahulu berapa kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank dan Coway tidak bertanggungjawab dalam urusan anda dengan pihak bank.
Apabila anda membeli secara ansuran kad kredit, anda juga tidak akan terikat dengan kontrak bersama Coway dan anda juga akan mendapat 12 BULAN SERVIS DAN WARRANTY SECARA PERCUMA (KECUALI KETIKA PROMOSI YANG DINYATAKAN)
CARA PEMBELIAN SEWA-BELI
Dalam pembelian secara sewa-beli, prosesnya adalah lebih mudah. Terdapat 2 jenis pembayaran sekiranya memilih cara pembelian sewa beli.
PEMBAYARAN SECARA AUTO DEBIT
Sekiranya anda memilih secara Auto Debit, anda yang perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan salinan Kad Bank BAHAGIAN DEPAN SAHAJA.
PERINGATAN: ANDA ADALAH DI LARANG UNTUK MENDEDAHKAN 3-DIGIT DI BELAKANG KAD BANK KEPADA EJEN COWAY
Risau hendak memberikan salinan kad bank anda? Jangan risau. Coway telah didaftarkan ke Pesuruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPA - Personal Data Protection Act) di mana setiap staf dan ejen yang mewakili Coway berjanji akan memastikan data peribadi anda dilindungi dari segi transaksi komersial.
TIPS: Mulai Januari 2019, Coway tidak lagi menerima kad bank yang lama dan kad bank yang tidak mempunyai fasilitis "MyDebit". Jadi pastikan anda kemaskini kad bank anda ya.
Apabila anda membeli secara sewa-beli, anda terikat dengan syarat-syarat berikut:
PEMBAYARAN SECARA DIRECT DEBIT
Untuk pembayaran secara Direct Debit, pembayaran akan dibuat dengan bank memotong nilai sewaan bulanan produk Coway dan bank akan membayar ke Coway. Untuk transaksi secara Direct Debit ini, bank akan bertindak sebagai pihak ketiga yang menguruskan pembayaran sewaan bulanan produk Coway anda.
Untuk pembayaran secara Direct Debit ini, anda tidak perlu memberikan salinan kad bank. Anda hanya perlu memberikan salinan Kad Pengenalan dan salinan BUKU AKAUN BANK sahaja.
TIPS: ANDA AKAN DICAJ OLEH BANK IAITU CAJ PENGURUSAN (HANDLING CHARGE) SEBANYAK RM10 SETIAP TRANSAKSI ANDA SETIAP BULAN.
JADI ILMAM, YANG MANA SATU LEBIH MURAH DAN MANA SATU YANG LEBIH MUDAH?
Jika ingin membandingkan antara pembelian secara tunai, atau pun pembelian secara sewa-beli, yang mana satu lebih menguntungkan, perbandingan seharusnya dibuat menggunakan tempoh yang sama.
Dalam contoh yang saya tunjukkan nanti, saya akan menggunakan produk Penapis Air Coway Villaem sebagai contoh dan mengambil tempoh selama 5 tahun untuk kedua-dua pembelian tanpa mengambil kira promosi 24 BULAN SERVIS DAN WARRANTY.
SEWA-BELI
Sewaan bulanan =. RM 118.00
Kontrak =. 5 tahun @ 60 bulan
Jumlah Pembayaran (5 Tahun) =. RM 118 x 60 Bulan = RM 7080.00
RM 7080.00 adalah jumlah yang anda bayar TERMASUK 5 TAHUN SERVIS DAN WARRANTY
TUNAI
Nilai tunai Penapis Air Villaem =. RM 3580.00
PERCUMA selama 12 Bulan Servis dan Warranty
Nilai servis 1 tahun = RM 642.00
Nilai servis untuk 4 tahun =. RM 642.00 x 4 = RM 2568.00
Jumlah Pembayaran (5 Tahun) = RM 3580.00 + RM 2568.00 = RM 6148.00
RM 6148.00 adalah jumlah anda bayar TERMASUK 5 TAHUN SERVIS DAN WARRANTY
Lebih untung pembayaran secara tunaikan? Tapi anda perlu ingat, sejumlah wang dikeluarkan secara banyak dan anda perlu memperbaharui servis dan warranty setiap tahun agar Coway terus melaksanakan servis ke atas produk anda setiap 2 bulan.